Assalamualaikum :)
Hey. agak lama tak update blog. since tiada apa untuk diceritakan, dan
sekarang aku cuma ingin berkongsi tentang apa perasaan aku ini. Sesungguhnya
manusia insan yang lemah. Tidak kira mereka sekuat mana, sepandai mana,
setangkas mana, sekacak mana, secomel mana, mereka tetap ada masalah dan
kelemahan. Sesungguhnya aku juga begitu. Aku tidak tabah untuk mengharuingi
hidup ini, aku tidak berani untuk berterus terang, aku tidak berani melakukan
banyak benda kerna aku lemah. Aku juga takut untuk berjanji kerana aku bukan
lah manusia yg 100% menepati janji. Aku hanya berjanji terhadap apa yg aku
mampu sahaja. Aku bukan kedekut, cuma aku tidak mampu untuk membelanja mereka
dengan ikhlas. Aku hanyalah insan yang biasa yang menetap di alam ciptaan
Tuhan.
Sering kali aku melihat orang yang diam. Aku sering melihat mereka.
Adakah mereka sedang berfikir? atau berangan-angan? atau merajuk? atau sedih?
atau menyelesaikan masalah? Namun, aku tidak memperdulikan mereka. Kerana aku
juga ada masalah dan sesetengah dari mereka, tak mungkin menceritakan apa yang
ada dalam fikiran mereka.
Sering kali aku bertanya pada diriku, 'Macammane orang memandang aku?
adakah sebagai seorang kawan yang baik? atau musuh dalam selimut? atau musuh?
atau sebagai abang? sebagai kekasih? erk.. yg kekasih tu impossible lah kot xD
atau mungkin hanya stranger? Aku tidak kisah dengan pandangan mereka. And aku
sering tertanya-tanya adakah aku kenal dengan diri aku? adakah aku ini sudah cukup
matang untuk menghadapi dunia? adakah aku sudah cukup matang untuk memikul
tanggungjawab? adakah aku layak untuk menjadi pemimpin? Adakah aku ini anak
yang baik? and... Adakah aku ini pengacau hubungan orang? Aku insan biasa,
jikalau aku membuat silap, maafkan aku. Jikalau aku ini sweet talker yg membuat
anda menyampah, maafkan lah aku.. mulut nie bergula :3 Jikalau aku ini membuat
engkau sakit hati, maafkan aku. aku tiada gam untuk mencantum kembali hati mu.
Dan ingatlah, maybe ada orang benci dengan kita kerana perangai kita. So
bersabar lah. Kita bukannya boleh buat semua orang suka dengan kita. Mesti ada
punya yang menyimpan PHD (Perasaan Hasrat Dengki) dalam diri. Pemimpin pun
kadang2 ada yg org tak suka tau. :3
apa yg
aku cakap nie hanyalah fikiran dan perasaan aku. Aku masih kurang ilmu dan
pengalaman kerna aku masih mentah. aku tidak boleh main cakap sahaja kerna
Babah ku pernah berpesan 'Jikalau tidak cukup ilmu dan pengalaman, mulut harus
didiamkan. takut menjadi pedang yang tajam' :)
Itu saja untuk
post kali ini. Assalamualaikum dan Take care :)
No comments:
Post a Comment